Wednesday, January 29, 2014

Pantun Ucapan Aluan

Bukan rumput sebarang rumpun,
Rumput penghias tepi halaman;
Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput memohon kata aluan.

Duduk sekawan gadis jelita,

Buat santapan untuk pahlawan;
Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.

Sudilah tuan jalan berlapan,
Jalan berlapan di malam kelam;
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.

Emas tempawan buatmu puteri,

Busana indah buat rupawan;
Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.

1 comment:

  1. How to login into the casino in 2021
    Here is how to do this: Step 1. Go to the website. · Click on the “Login” link https://sol.edu.kg/ on the right-hand https://vannienailor4166blog.blogspot.com/ side. · https://jancasino.com/review/merit-casino/ Click www.jtmhub.com on the “Login” button to enter a live chat number. · Enter nba매니아 the

    ReplyDelete